Pernah kau rasa,
Setiap sekeliling mu bahagia,
Dan kau menggunung rasa,
Hampa dan bergundah gulana?
.
Pernah kau rasa,
Menyumpah semuanya,
Luar batasan mu segalanya,
Sudah terjadi kucarnya,
Berubah sudah acuannya,
Pasrah dan memuncak rasa kecewa.
.
Pernah kau rasa,
Hidup seperti sudah berakhir,
Noktah menjadi titik terakhir,
Seolah-olah dipermainkan takdir,
Masa depan dan rencana mu jauh tercicir.
.
Pernah kau rasa,
Jiwa sakit,
Mental koyak,
Emosi rabak?
.
Pernah kau rasa?
Pernah kau rasa.
Pernah kau rasa!
Gila. Rasanya gila.
Rodanya terjunam jatuh dan gila.
.
Bagaimana mahu ku khabar,
Senang itu akan tiba,
Bahagia itu akan datang?
Bagaimana mahu ku percaya,
Tulisan Tuhan semuanya indah,
Tulisanku semuanya gundah?
Ya, menyesal dan penyesalan tu ada.
Kerana aku manusia biasa.
Luar biasa itu hanya dosa.
Libang libu rasa kepada orang tua.
Ampuni dosanya Yang Maha Mencipta.
Allahuakbar,
Iman. Iman. Iman.
Tidak ku pohon apanya melainkan kewarasan akal.
Mohon ku ya Allah,
Disaat semuanya lelah,
Aku masih betah,
Petah berkata takdir itu milik Allah,
Akan ada yang baik2 utk diriku,
Kerana rencana Allah itu mengikut sangkaan ku,
Bersangka baiklah dengan takdirNya.
Kekalkan aku ya Allah,
Kewarasan AKAL,
NIKMAT ISLAM,
NIKMAT IMAN,
Seandainya masa nya sudah sampai,
JEMPUTLAH AKU PULANG
Sekiranya masa nya belum tiba,,
PANDANGLAH aku Tuhan, Angkatlah segala kegelisahan dan kegilaan ini. Aamiin.
Ya tuhan,
Aku rindu. Pegang aku ya Allah. Jangan Jauh. Lindungilah mentalku. Aku takut.

