Wednesday, 25 December 2013

..saya budak baru belajar..


pernah satu saat dalam hidup saya, saya mencari identiti saya,
siapa saya? kenapa saya? bagaimana saya?
mngkn benar, dlm pencarian identiti setiap manusia yg bernyawa,
akn terlintas dalam akal kita, kenapa ALLAH jadikan kita?
kadang-kadang, persoalan-persoalan begini menemui jalan buntu,
utk terus diterokai, khuatir AKIDAH akan goyah,
dan terpesong terus dari LANDASAN ISLAM, AD DEEN..
nauzubillah..
:'(

zaman hiburan berbentuk realiti semakin popular,
hinggakan segala bentuk DAKWAH juga direalitikan,
namun, saya akui, bentuk2 dakwah begini, lebih cepat meresap,
lebih tangkap di jiwa, lebih dekat dgn penonton,
dan paling penting, fitrah manusia, yg dahagakan hiburan,
maka DAKWAH dlm hiburan agk berkesan utk hati-hati yg boleh tahan kerasnya..

pencarian identiti saya, menemui banyak ruang-ruang lopong dalam diri ini,
dan ruang-ruang itu bnyk saya sedari kehadiran mereka,
melalui program DAKWAH dlm hiburan,
satu perkara yg saya pelajari,
ilmu itu mati, dan kita sebagai manusia harus terus menghidupkannya dengan menimbanya,
ruang-ruang lopong itu sepatutnya dibajai dan disuburi dengan ilmu2 tersebut.

saya sedar saya banyak kelemahan, kurang kesedaran, rapuh utk berjalan sendirian,
namun ALLAH itu maha PENGASIH dan PENYAYANG,
ALLAH hadirkan program2 DAKWAH, dan suburkan rasa suka, minat, dan tertarik,
untuk terus menimba ilmu, memperkasakan diri, melengkapkan apa yg kurang,
saya tidak keseorangan, saya hanya perlu yakin,
petikan daripada seorang daie; bukan siapa kita, bukan apa kita, tapi BAGAIMANA kita,
ALLAH sungguh, saya terkesan, saya yakin ALLAH hantarkan orang2 yg hebat,
utk menyedarkan saya dari lamunan yg panjang, utk kejutkan saya dari tidur yg berulit mimpi indah,
ALHAMDULLILAH..

Ya, mungkin saya, anda, dan sesiapa sahaja,
hakikatnya adalah sempurna,
dikurniakan sepasang mata yang berpeluang melihat keindahan dunia,
dihadiahkan sepasang telinga utk mendengar alunan suara manusia yg lain,
diberikan seulas bibir utk terus berkata2, petah berbicara, hebat berhujah,
sepasang tangan dan kaki, utk lincah melakukan sebarang pergerakan dan bergerak tnpa halangan,
NAMUN, sedarkah kita, kita sebenarnya tidak begitu sempurna?
kita sempurna? tp TULI utk melakukan kebaikan, BISU kpd jln dakwah, & BUTA utk rebut pahala,
begitukah kita? begitukah?
jika begitu kita, selayaknya kita ini TULI, BISU, & BUTA..
masyaALLAH, Kau pimpinlah kami, pimpinlah kami kpd MU,walau bagaimana caranya sekalipun..
:'(





0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

picxy!

picxy!
...k.l.i.c.k...